Program Jelajah Janji Ditepati turut pamerkan ‘produk’ negeri Sarawak.

Posted on April 27, 2012

0


SELEPAS penganjurannya di Batu Pahat, Johor baru-baru ini, Program Jelajah Janji Ditepati kini diadakan di Sarawak, atau lebih tepat di tempat letak kereta Wisma Bapa Malaysia di Kuching.

Penduduk di bandar raya Kuching dan yang berdekatan diajak beramai-ramai datang pada 28 dan 29 April 2012. Pameran yang memuatkan kira-kira 20 ruang pameran itu dibuka mulai pagi hingga malam.

image

Sumber penganjur memberitahu selain didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang usaha-usaha kerajaan dalam membantu rakyat, pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai acara seperti persembahan pentas oleh artis-artis tanahair.

Sambil berhibur seisi keluarga boleh mendapatkan maklumat tentang Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia di gerai-gerai.

image

“Kerajaan negeri Sarawak juga mempunyai ‘produk’ untuk diketengahkan kepada orang ramai,” ujarnya.

Di kompleks lama Dewan Undangan Negeri yang bersebelahan dengan tapak Program Jelajah Janji Ditepati terdapat pameran Koridor dan Bandar Raya.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan program itu.

Posted in: Uncategorized