Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya – terjemahkan pelan pembangunan jangka panjang di Sarawak.

Posted on April 28, 2012

0


BAGI yang tinggal di Kuching mungkin berpeluang menyaksikan sendiri jangkaan kedudukan ekonomi dan sosial negeri Sarawak dalam tempoh sekurang-kurangnya lapan tahun lagi yakni tahun 2020.

Jangkaan dan kenalpasti kedudukan negeri Sarawak dapat dilihat menerusi carta-carta yang dipamerkan pada Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya di bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Sabtu.

Ia dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di pekarangan Wisma Bapa Malaysia.

Tumpuan pameran ialah terhadap pembangunan ekonomi berlaku di lima kawasan di negeri Sarawak yang terdiri daripada Samalaju, Mukah, Tanjung Manis, Miri dan Kuching. Semua ada kegiatan ekonomi dan peranan masing-masing.

Berikut ialah fakta dipaparkan di pameran :-

image

Berikut pula ialah gambar-gambar dirakam di ruang pameran sehari itu.