Pembangkang bukan alternatif pentadbir Sarawak.

Posted on April 28, 2012

0


SEKADAR gah berbahas dan mengkritik apa yang dilakukan kerajaan tidak memadai bagi pembangkang untuk menyaingi keupayaan Barisan Nasional mentadbir Sarawak.

Sejarah membuktikan bahawa Bumi Kenyalang telah bingkas dari kemunduran yang dirasai ketika zaman pramerdeka. Kebijaksanaan pemimpin Barisan Nasional telah mengangkat martabat ekonomi negeri Sarawak – satu fakta yang sukar ditangkis parti pembangkang.

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata:

“Sebagai orang lama dalam politik dan mentadbirkan negeri, saya kata pembangkang masa kini gagal membuktikan diri mereka sebagai alternatif lebih baik kepada rakyat dalam menguruskan negara”.

Pehin Sri Abdul Taib yang dipetik menerusi Bernama berkata pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di negeri Sarawak tidak wajar terbabit dalam pertikaian dakyah pembangkang. Menurutnya, ia mampu menjejaskan tumpuan terhadap usaha membawa kejayaan di Sarawak.

Pembangkang yang hakiki di Sarawak ialah DAP, PKR dan PAS. DAP telah mendapat sokongan di kalangan pengundi Cina di bandar. 

PM dan KM tonggak kepimpinan negeri Sarawak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional di Sarawak agar tidak terbawa-bawa dengan pergeseran dalaman parti kerana ia boleh menjejaskan keputusan mereka meletakan calon yang boleh menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Katanya presiden parti harus mengetepikan perbezaan yang mungkin ada dengan pemimpin bawahan mereka dalam memilih orang yang tepat yang boleh membawa kejayaan dalam pilihan raya nanti.

“Saya tidak mahu orang kesayangan anda menjadi calon kerana apa yang saya nak ialah calon yang boleh menang,” katanya semasa majlis jamuan malam yang dihoskan oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman rasmi Ketua Menteri itu di Kuching pada malam Jumaat.

Datuk Seri Najib berkata perbezaan pendapat pasti berlaku dalam sesebuah gabungan yang mempunyai sejarah panjang seperti BN tetapi beliau percaya ia boleh diselesaikandengan semangat kekeluargaan.

Katanya sejarah panjang itu juga mengaburi beberapa orang dalam BN mengenai matlamat asal pembentukan gagasan iaitu berkhidmat kepada rakyat dengan baik.