Taiyo Yuden antara pemain utama bantu Sarawak capai tahap rakyat berpendapatan tinggi.

Posted on April 28, 2012

0


KAWASAN Perindustrian Bebas Samajaya di Kuching merupakan satu pelaburan kerajaan negeri dalam membangunkan ekonomi negeri Sarawak.

Ia dibangunkan bagi menarik kemasukan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi.

Kini terdapat kilang seperti Toko Electronic, Taiyo Yuden, X-Fab dan Sanmina yang memerlukan tenaga mahir dan separa mahir yang sekali gus memberi pekerjaan kepada belia tempatan.

Borneo Post Online melaporkan Taiyo Yuden merupakan antara pemain utama dalam usaha membantu negeri ini mencapai sasaran masyarakat berpendapatan tinggi.

Taiyo Yuden

Menteri Muda Kemajuan Industri Sarawak, Julaihi Narawi dalam laporan itu berkata Taiyo Yuden, pengilang kapasitor seramik dan produk berkaitan industri elektronik telah beroperasi di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya dan mempunyai 99 peratus pekerja tempatan.

Kira-kira 30 peratus daripada 3,600 pekerja tempatan di situ adalah pada ‘tahap atasan’ pekerjaan dan secara langsung ia membolehkan orang ramai memperoleh pendapatan tinggi.

Syarikat terbabit mempunyai jumlah jualan antara RM50 dan RM60 juta sebulan manakala jualan bersih bagi fiskal tahunan yang berakhir pada Mac 2011 berjumlah AS$ 2.58 bilion.

Pelanggan Taiyo Yuden antara lain termasuk Nokia, Sony dan Samsung dan industri peranti elektronik lain.

Tahun lepas, syarikat berkenaan telah membayar lebih RM67 juta untuk gaji kakitangan yang bekerja di kilang itu di sini.

Posted in: Ekonomi, Sarawak, Sosial