Pelawak Bob Kuman meninggal dunia.

Posted on May 3, 2012

0


Pelawak dan pelakon terkenal tanahair, Bob Kuman, dilaporkan meninggal dunia kira-kira pada jam 4.38 petang, Khamis di rumahnya di Kota Damansara.

Utusan Malaysia melaporkan Allahyarham, nama sebenar Husni Mohd Rawi, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Dia yang berumur 41 tahun sebelum ini pernah dikhabarkan meninggal dunia.

Jenazah Bob dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan selepas disembahyangkan di Masjid Kota Damansara pada 9.30 malam Khamis.

Al Fatihah. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Posted in: Hiburan