Browsing All Posts filed under »Pembangunan«

Ramai rakyat mampu ‘dinner’ di restoran makanan laut.

May 1, 2012

0

MULA pukul 7 malam restoran makanan laut Top Spot yang terletak di Taman Kereta di Kuching, Sarawak dikerumuni pelanggan yang ramai. Berbilang bangsa – ada Cina, Melayu, Dayak, India┬ádan mat salleh. Ada yang datang dengan ahli-ahli keluarga, pasangan masing-masing, dan sekumpulan pengunjung ke bandar raya Kuching sama ada dari Semenanjung Malaysia atau Sabah. Semua menikmati […]

Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya – terjemahkan pelan pembangunan jangka panjang di Sarawak.

April 28, 2012

0

BAGI yang tinggal di Kuching mungkin berpeluang menyaksikan sendiri jangkaan kedudukan ekonomi dan sosial negeri Sarawak dalam tempoh sekurang-kurangnya lapan tahun lagi yakni tahun 2020. Jangkaan dan kenalpasti kedudukan negeri Sarawak dapat dilihat menerusi carta-carta yang dipamerkan pada Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya di bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Sabtu. Ia […]

Wanita tak dipinggir dari arus pembangunan.

April 26, 2012

0

KELANTAN terkenal dengan Pasar Besar Siti Khadijah yang majoriti peniaganya terdiri daripada kaum hawa – melambangkan semangat cekal wanita dalam membantu keluarga menambah pendapatan. Kegigigan kaum wanita menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan juga bukan senario yang janggal kita saksikan di Sarawak. Di Kuching, di Pasar Minggu, ramai wanita berjaja macam-macam produk – terutama hasil hutan […]

BN janjikan kemudahan kesihatan terbaik untuk rakyat.

April 24, 2012

0

SELEPAS bidang pendidikan perkara tumpuan utama kerajaan ialah kemudahan kesihatan di kalangan rakyat. Pendidikan penting bagi meneruskan kesinambungan tenaga kerja yang mahir dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Manakala kesihatan pula tidak jauh beza dengan tujuan penyediaan kemudahan pendidikan. Jika rakyat tidak sihat, di mana pula kerajaan hendak mendapatkan tenaga kerja. Justeru, kemudahan […]

Semua syarikat bas wilayah setuju pindah ke Kuching Sentral 1 Mei ini.

April 14, 2012

0

SEJUK dan selesa apabila memasuki ruang legar Kuching Sentral yang menggantikan Terminal Bas Wilayah Batu 3 sebagai tempat mengambil dan menurunkan penumpang dari seluruh negeri Sarawak. Sungguh selesa kerana berhawa dingin, bersih dan tempat duduk yang lebih teratur. Bukankah orang kebanyakan layak menikmati kemudahan yang selesa seperti ini ketika menunggu bas atau menunggu ahli keluarga […]

Pelbagai cara ke arah Sarawak miskin sifar.

April 10, 2012

0

KEMISKINAN ialah satu subjek yang paling tidak elok untuk didengar dalam mana-mana negara. Tetapi ia satu hakikat yang perlu diterima adalah agak mencabar dan rumit untuk menjadikan sesebuah negara sebagai ‘miskin sifar’. Lumrah manusia, ada yang rajin berusaha dan ada yang sebaliknya – sekadar berharap nasib akan mengubah kehidupan mereka agar lebih baik. Jarang ada […]

Tidak ada mati kerana lapar di Sarawak.

April 9, 2012

0

SETAKAT diketahui, tidak pernah dengar ada orang mati kerana kebulur di Sarawak. Dan minta kita dijauhkan dari kelaparan dan kebuluran berpunca daripada kemiskinan yang teramat sangat. Jika rakyat miskin itu kita ada dengar dan kita anggap itu suatu perkara biasa terutama dalam sebuah negara membangun seperti Malaysia. Kita bersyukur kerana usaha kerajaan selama ini berteraskan […]