Browsing All Posts filed under »Sosial«

Tradisi Balian semakin pupus.

May 6, 2012

0

BAGI masyarakat Iban yang masih berpegang teguh dengan kepercayaan lama atau ‘pengarap lama’, mereka sentiasa mengaitkan penyakit yang tidak diketahui puncanya dengan gangguan roh atau semangat. Mereka percaya, semangat itu hilang daripada jasad ataupun diganggu oleh hantu-hantu jahat sama ada di dunia ataupun tempat tinggal roh berkenaan. Dalam situasi begini, jika seseorang itu sakit berpanjangan […]

Ramai rakyat mampu ‘dinner’ di restoran makanan laut.

May 1, 2012

0

MULA pukul 7 malam restoran makanan laut Top Spot yang terletak di Taman Kereta di Kuching, Sarawak dikerumuni pelanggan yang ramai. Berbilang bangsa – ada Cina, Melayu, Dayak, India┬ádan mat salleh. Ada yang datang dengan ahli-ahli keluarga, pasangan masing-masing, dan sekumpulan pengunjung ke bandar raya Kuching sama ada dari Semenanjung Malaysia atau Sabah. Semua menikmati […]

RM800 gaji minimum pekerja swasta di Sarawak dan Sabah.

April 30, 2012

0

KERAJAAN mengumumkan gaji bulan minimum bagi pekerja sektor swasta di Sarawak, Sabah dan Labuan ialah RM800. Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin. Pekerja swasta di tiga wilayah itu menerima gaji minimum kurang RM100 berbanding rakan-rakan di Semenanjung Malaysia, yakni RM900. Datuk Seri Najib yang dipetik menerusi Bernama juga menjelaskan perbezaan […]

Persatuan Media Sosial Sarawak serah resolusi kepada PM dan KM.

April 29, 2012

0

PERSATUAN Media Sosial Sarawak (PMSS) menyerahkan resolusi 10 perkara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam yang menyentuh tentang penggunaan media sosial dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Resolusi itu merupakan hasil utama dicapai menerusi Konvensyen Media Sosial Sarawak yang merupakan program terakhir dihadiri Najib dalam rangka lawatan […]

Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya – terjemahkan pelan pembangunan jangka panjang di Sarawak.

April 28, 2012

0

BAGI yang tinggal di Kuching mungkin berpeluang menyaksikan sendiri jangkaan kedudukan ekonomi dan sosial negeri Sarawak dalam tempoh sekurang-kurangnya lapan tahun lagi yakni tahun 2020. Jangkaan dan kenalpasti kedudukan negeri Sarawak dapat dilihat menerusi carta-carta yang dipamerkan pada Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya di bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Sabtu. Ia […]

Taiyo Yuden antara pemain utama bantu Sarawak capai tahap rakyat berpendapatan tinggi.

April 28, 2012

0

KAWASAN Perindustrian Bebas Samajaya di Kuching merupakan satu pelaburan kerajaan negeri dalam membangunkan ekonomi negeri Sarawak. Ia dibangunkan bagi menarik kemasukan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi. Kini terdapat kilang seperti Toko Electronic, Taiyo Yuden, X-Fab dan Sanmina yang memerlukan tenaga mahir dan separa mahir yang sekali gus memberi pekerjaan kepada belia tempatan. Borneo Post […]

Persatuan Media Sosial Sarawak wujud bank data tepat mengenai kerajaan.

April 27, 2012

0

KONVENSYEN Media Sosial Sarawak akan diadakan pada Sabtu, 28 April 2012, di Hotel Hilton, Kuching. Julung kali diadakan di Sarawak, ia merupakan inisiatif Persatuan Media Sosial Sarawak (PMSS) dan dijangka akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Presiden PMSS Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman […]