Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya – terjemahkan pelan pembangunan jangka panjang di Sarawak.

April 28, 2012

0

BAGI yang tinggal di Kuching mungkin berpeluang menyaksikan sendiri jangkaan kedudukan ekonomi dan sosial negeri Sarawak dalam tempoh sekurang-kurangnya lapan tahun lagi yakni tahun 2020. Jangkaan dan kenalpasti kedudukan negeri Sarawak dapat dilihat menerusi carta-carta yang dipamerkan pada Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya di bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Sabtu. Ia […]

Penstrukturan semula MASwings, sertakan pembabitan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah.

April 28, 2012

0

KERAJAAN negeri Sarawak dan Sabah bakal memiliki syer masing-masing dalam syarikat penerbangan MASwings yang telah beroperasi dua negeri itu sejak tahun 2007.   Itu merupakan permintaan yang dikemukakan dua kerajaan negeri  itu kepada kerajaan persekutuan dan kesediaan bagi mempertimbangkan permohonan itu diberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di depan khalayak dalam majlis perasmian Jelajah Janji Ditepati di Kuching pada […]

Posted in: Ekonomi, Sarawak

Taiyo Yuden antara pemain utama bantu Sarawak capai tahap rakyat berpendapatan tinggi.

April 28, 2012

0

KAWASAN Perindustrian Bebas Samajaya di Kuching merupakan satu pelaburan kerajaan negeri dalam membangunkan ekonomi negeri Sarawak. Ia dibangunkan bagi menarik kemasukan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi. Kini terdapat kilang seperti Toko Electronic, Taiyo Yuden, X-Fab dan Sanmina yang memerlukan tenaga mahir dan separa mahir yang sekali gus memberi pekerjaan kepada belia tempatan. Borneo Post […]

Posted in: Ekonomi, Sarawak, Sosial

Pembangkang bukan alternatif pentadbir Sarawak.

April 28, 2012

0

SEKADAR gah berbahas dan mengkritik apa yang dilakukan kerajaan tidak memadai bagi pembangkang untuk menyaingi keupayaan Barisan Nasional mentadbir Sarawak. Sejarah membuktikan bahawa Bumi Kenyalang telah bingkas dari kemunduran yang dirasai ketika zaman pramerdeka. Kebijaksanaan pemimpin Barisan Nasional telah mengangkat martabat ekonomi negeri Sarawak – satu fakta yang sukar ditangkis parti pembangkang. Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul […]

Program Jelajah Janji Ditepati turut pamerkan ‘produk’ negeri Sarawak.

April 27, 2012

0

SELEPAS penganjurannya di Batu Pahat, Johor baru-baru ini, Program Jelajah Janji Ditepati kini diadakan di Sarawak, atau lebih tepat di tempat letak kereta Wisma Bapa Malaysia di Kuching. Penduduk di bandar raya Kuching dan yang berdekatan diajak beramai-ramai datang pada 28 dan 29 April 2012. Pameran yang memuatkan kira-kira 20 ruang pameran itu dibuka mulai […]

Posted in: Uncategorized

Persatuan Media Sosial Sarawak wujud bank data tepat mengenai kerajaan.

April 27, 2012

0

KONVENSYEN Media Sosial Sarawak akan diadakan pada Sabtu, 28 April 2012, di Hotel Hilton, Kuching. Julung kali diadakan di Sarawak, ia merupakan inisiatif Persatuan Media Sosial Sarawak (PMSS) dan dijangka akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Presiden PMSS Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman […]

Posted in: Sarawak, Sosial

Najib: Fasa II projek tebatan banjir Sibu bermula tengah Mei.

April 27, 2012

0

FASA kedua projek tebatan banjir Sibu akan bermula pertengahan bulan depan dengan kos sebanyak RM50 juta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Jumaat. Beliau berkata fasa lain projek itu akan dibangunkan secara berperingkat, bukti kerajaan tetap mengotakan janjinya meskipun Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010. “Fasa […]