Browsing All posts tagged under »Sarawak«

Tatu wajarkah ia dikaitkan dengan samseng?

March 10, 2012

0

Tatu wajarkah ia dikaitkan dengan samseng?

Saya sendiri pun agak gentar apabila ternampak lelaki bertatu dan bertubuh sasa. Apatah lagi jika orang itu berambut perang serta berkumpulan - memang kelihatan samseng. Tetapi itu sekadar mainan minda - walaupun sesetengah kes itu benar - dan wajar tidak diambil peduli sangat. Kata orang, tatu itu seni. Seni yang memeritkan pada ketika proses pembikinannya. Ia merupakan seni diperturunkan oleh nenek moyang kita. Sebab tatu itu seni, maka tidak hairan wanita pun sanggup menanggung kesakitan sementara untuk memperoleh ukiran tatu di badan. Kamus Dewan mentafsirkan tatu dengan pengertian "tanda pada badan yang dibuat dengan melarik dan mencucuk dan memasukkan warna". Tatu yang indah lukisannya bukan sahaja mendapat minat di kalangan orang kita di Sarawak, tetapi turut disemadikan di badan artis-artis terkenal di Barat. Itulah penangan tatu yang diwarisi dari zaman berzaman. Ia satu warisan yang wajar dikekalkan dan mungkin ia membantu meletakkan Sarawak dalam peta para penggemar tatu di seluruh dunia. Saya pasti Kementerian Pelancongan mempunyai pandangan sama terhadap potensi tatu dari sudut pelancongan.

Ramai pohon sukat tanah NCR: Adenan.

November 23, 2011

0

PROGRAM menyukat sempadan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak semakin mendapat sambutan menggalakkan dan ia perkembangan yang memberangsangkan terhadap inisiatif kerajaan negeri dan persekutuan dalam mengelakkan pertindihan tuntutan antara tanah NCR dan tanah kerajaan negeri. Menurut Tan Sri Adenan Satem, Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak, setakat 31 Oktober 2011, sebanyak 205 kawasan merangkumi 403,136 hektar […]

SCORE tidak ketepikan pemeliharaan alam sekitar.

November 21, 2011

0

Banyak yang telah diperdengarkan dan diperkatakan kepada rakyat Sarawak tentang Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Baik dari tenaga kerja, pertumbuhan ekonomi, kesan sosial dan impak pembangunan Sarawak secara keseluruhan. Jarang kita dengar tentang penekanan terhadap alam sekitar yang bakal menerima kesan langsung berikutan pelaksanaan pelbagai projek fizikal di wilayah tengah Bumi Kenyalang. Dengar cerita banyak […]

SNAP tidak bertanding PRU 13?

November 21, 2011

0

BISIK-bisik politik kedai kopi mengatakan SNAP tidak mempunyai semangat tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, apatah lagi hendak menentukan berapa kerusi yang bakal ditandingi. Tidak apa, SNAP atau dalam bahasa Malaysia, Parti Kebangsaan Sarawak, ternyata tidak hebat mana pun untuk dibincangkan di media, terutama arus perdana. SNAP umpama harimau hilang taring, jauh sekali mengaum untuk […]

Wujud integrasi di sebalik paip gas?

November 21, 2011

0

AGAK sukar untuk menyelami persamaan kesan sampingan pelaksanaan projek Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Tetapi wajar dipercayai bahawa ahli akademik merangkap penyelidik SSGP tahu bagaimana proses integrasi bakal muncul dari pelaksanaan projek sejauh 512km itu dari Kimanis di Sabah ke kompleks gas cecair asli di Bintulu. Puas diteliti […]

Kejar kerja SCORE, bukan kerajaan.

November 21, 2011

0

KORIDOR Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) memerlukan tenaga kerja mahir yang ramai dan keperluan ini mungkin tidak dapat dipenuhi jika mentaliti pelajar pada masa ini masih mengharapkan kerja sebagai kakitangan kerajaan. Apa yang menyebabkan belia memilih kerja di sektor awam adalah kerana jaminan karier yang lebih baik berbanding swasta. Bukan semata-mata kerana gaji. Juga banyak kemudahan […]

EU tekan industri perkayuan Sarawak.

November 21, 2011

0

PERATURAN yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU) dan wajib dipatuhi para pengeksport balak dan produk perkayuan pada 1 Januari 2013 umpama sengaja mengenakan sekatan agar komoditi itu memasuki pasaran EU. EU dikatakan memasukkan sekali dua elemen yang dirasakan tidak ada kaitan dalam menentukan kesahihan balak. DUa elemen itu ialah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan hak […]