Browsing All Posts filed under »kerajaan«

Ramai rakyat mampu ‘dinner’ di restoran makanan laut.

May 1, 2012

0

MULA pukul 7 malam restoran makanan laut Top Spot yang terletak di Taman Kereta di Kuching, Sarawak dikerumuni pelanggan yang ramai. Berbilang bangsa – ada Cina, Melayu, Dayak, India dan mat salleh. Ada yang datang dengan ahli-ahli keluarga, pasangan masing-masing, dan sekumpulan pengunjung ke bandar raya Kuching sama ada dari Semenanjung Malaysia atau Sabah. Semua menikmati […]

Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya – terjemahkan pelan pembangunan jangka panjang di Sarawak.

April 28, 2012

0

BAGI yang tinggal di Kuching mungkin berpeluang menyaksikan sendiri jangkaan kedudukan ekonomi dan sosial negeri Sarawak dalam tempoh sekurang-kurangnya lapan tahun lagi yakni tahun 2020. Jangkaan dan kenalpasti kedudukan negeri Sarawak dapat dilihat menerusi carta-carta yang dipamerkan pada Hari Terbuka Koridor dan Bandaraya di bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Sabtu. Ia […]

Wanita tak dipinggir dari arus pembangunan.

April 26, 2012

0

KELANTAN terkenal dengan Pasar Besar Siti Khadijah yang majoriti peniaganya terdiri daripada kaum hawa – melambangkan semangat cekal wanita dalam membantu keluarga menambah pendapatan. Kegigigan kaum wanita menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan juga bukan senario yang janggal kita saksikan di Sarawak. Di Kuching, di Pasar Minggu, ramai wanita berjaja macam-macam produk – terutama hasil hutan […]

Guna saluran betul jika ada masalah di bawah bidang kuasa PBT.

April 17, 2012

0

SERING ternampak di beberapa akhbar terutama akhbar Cina yang memaparkan gambar seorang Yang Berhormat dari parti bukan Barisan Nasional menuding ke arah lopak jalan raya atau sampah yang tidak dikutip atau parit tersumbat. Kita tahu mereka yang menuding jari ialah ahli politik daripada parti pembangkang, justeru ia merupakan peluang terbaik bagi mereka untuk menonjolkan bahawa […]

Kakitangan awam gembira gaji naik, SBPA dibatalkan.

March 9, 2012

0

GAJI saya naik kira-kira RM200 – itu antara kandungan SMS adik saya berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi menaikkan gaji kakitangan kerajaan 13 peratus. Tidak perlu ditanya atau saya lihat reaksinya, kerana cukup dengan SMS itu menggambarkan betapa gembiranya dia tentang perkembangan terbaharu itu. Dia berpangkat koperal dalam Tentera Darat Malaysia […]

Baucar Buku 1Malaysia dijual?

January 27, 2012

0

SAYA agak hairan mengapa pada hari tersebut terlalu panjang barisan di kedai buku Popular di Tun Jugah. Saya bukan ulat buku untuk selalu membeli buku, tetapi jarang ada baris panjang seumpama hari itu di sesebuah kedai buku di Kuching. Selepas beberapa minit berbaris, rupa-rupanya juruwang kaunter kedai tersebut sibuk memproses Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang […]

Dibayar RM1.5 juta bukti pampasan tanah adil.

January 25, 2012

0

SEKARANG agak reda isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dipaparkan dalam media alternatif kendalian pihak-pihak tertentu yang dikatakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sebab serangan itu berkurangan ialah pilihan raya negeri sudah berlalu hampir setahun. Tetapi momentum serangan itu kelihatan naik semula sejak dua minggu lepas kerana pilihan raya umum dijangka diadakan dalam tahun ini. Modal yang […]

Antara BR1M dan sokongan terhadap BN.

January 16, 2012

0

SEORANG teman yang bertugas di Pejabat Daerah memberitahu baucar pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia atau dikenali BR1M sudah tiba di pejabat mereka. Berkotak-kotak (banyaknya), katanya. Kini cuma menunggu untuk arahan mengagihkan dan penyampaiannya mungkin akan disempurnakan oleh YB di kawasan masing-masing. Maklumlah, pilihan raya umum dikatakan semakin dekat. Kalau saya jadi YB pun saya akan mengambil peluang […]

Azam dan harapan 2012.

January 5, 2012

0

Azam. SENGAJA ‘posting’ artikel ini dilengahkan bagi memberi ruang kepada rakan-rakan memperkatakan tentang azam dan matlamat masing-masing di tahun baru 2012. Ya, azam itu amat mustahak dalam mencapai sasaran ditetapkan dalam sanubari setiap insan. Setelah memasuki hari kelima bulan Januari 2012, semakin kurang yang memperkatakan tentang azam dan apakah rancangan dan strategi mereka untuk mencapai […]

Jambatan Batu Kawa – atasi kesesakan dan rancak kegiatan ekonomi.

December 17, 2011

0

Bandar Baru Batu Kawa hari ini telah mengalami pembangunan rancak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sosio-ekonomi. Pada masa kini, Batu Kawa merupakan pusat pertumbuhan baru dengan projek perumahan dan kawasan perindusttrian yang semakin bertambah. Pembangunan Bandar Batu Kawa ini adalah selari dengan polisi kerajaan Sarawak untuk menyahpusatkan pembangunan di Kuching yang semakin […]